Friday, 7 November 2014

SAJ Holdings Sdn Bhd

Salam,, :)

Ni nak cerita tentang aktiviti saya semasa buat praktikal kat SAJ. Masa hari pertama lapor diri, macam biasalah berkenal- kenalan dulu dengan staff kat sana. Diorang beri tunjuk ajar sikit2 tentang kerja kat sana. Saya ditempatkan di bahagian Human Resource.

Saya tau serba sedikit kerja2 yang biasa diuruskan dibahagian ni. Kat bahagian nilah diorang akan uruskan segala dokumen2 berkenaan staff misalnya slip gaji, tuntutan elaun, arahan kerja lebih masa dan macam2 lagi.

Dalam minggu pertama memang tak banyak sangat kerja yang saya buat. Agak bosan jugak tapi suatu hari tu ada sorang staff ajak saya untuk buat audit kat luar. Diorang ni dari bahagian logistik, jadi memang banyak turun padang la dan tak selalu duduk office.

Saya pun on jela, daripada dok melanguk kat office. Diorang akan buat audit kat loji di Felda Pemanis. Saya pun ikut la,,boleh tahan jauh jugak agak pedalaman. Maklumlah Felda memang macamtu. Dengan jalan yang bengkang-bengkok pastu sampailah kat bangunan utama loji



nilah bangunan utama loji Pemanis


Sampai kat situ macam biasa berkenal- kenalan dengan operator loji kat situ. Saya pun meninjau2 bangunan sekeliling loji tu,,antaranya kat bawah ni



yang ni tentulah tempat simpan bahan kimia,,rasanyalah



ni pun stor jugak..


yang ni bilik bancuhan kimia..

Banyak lagi yang saya tengok di sekitar bangunan ni. Lepastu pihak audit dari Johor Bharu datang untuk buat audit. Saya sebagai seorang trainer cuma tengok jela diorang buat kerja.

Pertama sekali yang saya tau diorang akan cek kualiti setiap jenis air.


yang baju biru tu operator loji, diorang tengah buat ujian balang untuk menentukan kualiti air.





    Ni dekat belakang bangunan utama loji. Filter2 untuk menapis pelbagai jenis air,,


Kesimpulannya,, berdasarkan audit yang dibuat, keputusan keseluruhannya sangat baik. Kualiti air kat situ pun boleh dikira baik. Komen diorang cuma berkenaan fasiliti seperti penghawa dingin yang perlu ditambah baik.

Mungkin lepasni saya akan ikut diorang lagi pergi kat loji. Bergantung pada keadaan..








No comments:

Post a Comment