Friday 7 November 2014

INDUSTRIAL TRAINING

Industrial training aka latihan industri ataupun praktikal. Semua istilah ni sangat familiar bagi student2. Yela, most of ipta or ipts akan pastikan yang student diorang menjalani praktikal kat mana2 organisasi ataupun company. Tujuannya satu je, nak bagi student ni exposed dengan work environment je. Wah, asyik speaking london je ye tak?? 

Saya pun tak terkecuali lah daripada benda2 ni semua. Atas tuntutan kolej, saya kena buat praktikal kat mana2 organisasi selama 3 bulan. Pihak kolej pun ada bagi satu buku log untuk rekod segala aktiviti dan kerja sepanjang latihan tu.


haa,,ni lah dia training log book tu.

Tapi setiap ipta dengan ipts lain dia punya log book. Mungkin diorang tak pakai  log book tapi student tu sendiri akan buat satu book report tentang kerja2 yang dibuat sepanjang tempoh latihan. Kalau tempoh latihan tu lama, mungkin tebal lah report yang dia kena sediakan. Biasanya tempoh latihan maksimum 6 bulan. Boleh jadi ada yang 5 atau 4 bulan tapi saya bernasib baik sikit sebab cuma kena 3 bulan je,,ahaha. Yelah,,kalau buat praktikal lama2 pon bukan ada gaji pon..cuma elaun yang cukup2 makan tu je. Lebih baik kalau kita kerja terus dapat gaji tetap,, tapi latihan ni cuma untuk ambil pengalaman je. Maklumlah,,sebelum ni tak pernah kerja kat mana2.

Jadinya, saya dah completed my study selama 2 tahun setengah di Putra Intelek International College dan saya sangat gumbira,,harharhar. Sedih jugak masa tu nak tinggalkan tempat kita menimba ilmu kan..lagi sedih nak tinggal kan roommate yang tersayang,,geng b-09-06.



nilah geng b-09-06 saya :)) takda diorang tak berseri hostel tu..


Lepas habis belajar dalam bulan 8 tu,,lama jugak la menganggur. Yela saja nak release tension. Nak duduk rumah goyang kaki sekejap sebab 2 tahun setengah asyik menghadap notes je kan,, mak dok leter2 suruh cari tempat praktikal cepat2 takut nanti lambat dah kelam kabut tapi saya buat dono je. Last2, tu la,,tak dengar cakap mak kan,,ni makan dia. Dah bulan 9 masatu baru sibuk cari tempat praktikal. Tension jugak apply sana sini semua tak terima. Kalau boleh nak cari yang dekat2 dengan rumah je. Senang nak ulang alik.

Pastu lepas apply banyak company, akhirnya diterima jugak,,lega den raso eh. Dapat kat SAJ Holdings dan dia cakap boleh mula bulan 11,,lama jugak nak tunggu masatu. Tulah, tak nak dengar cakap mak kan,,,suka tangguh2 kerja. Nilah mendapatnya.


Okelah..entri lepas ni saya akan cerita tentang aktiviti ataupun kerja2 yang saya buat sepanjang berada di SAJ Holdings. Bye2..chillax:)














No comments:

Post a Comment