Friday 7 November 2014

SAJ Holdings Sdn Bhd

Salam,, :)

Ni nak cerita tentang aktiviti saya semasa buat praktikal kat SAJ. Masa hari pertama lapor diri, macam biasalah berkenal- kenalan dulu dengan staff kat sana. Diorang beri tunjuk ajar sikit2 tentang kerja kat sana. Saya ditempatkan di bahagian Human Resource.

Saya tau serba sedikit kerja2 yang biasa diuruskan dibahagian ni. Kat bahagian nilah diorang akan uruskan segala dokumen2 berkenaan staff misalnya slip gaji, tuntutan elaun, arahan kerja lebih masa dan macam2 lagi.

Dalam minggu pertama memang tak banyak sangat kerja yang saya buat. Agak bosan jugak tapi suatu hari tu ada sorang staff ajak saya untuk buat audit kat luar. Diorang ni dari bahagian logistik, jadi memang banyak turun padang la dan tak selalu duduk office.

Saya pun on jela, daripada dok melanguk kat office. Diorang akan buat audit kat loji di Felda Pemanis. Saya pun ikut la,,boleh tahan jauh jugak agak pedalaman. Maklumlah Felda memang macamtu. Dengan jalan yang bengkang-bengkok pastu sampailah kat bangunan utama loji



nilah bangunan utama loji Pemanis


Sampai kat situ macam biasa berkenal- kenalan dengan operator loji kat situ. Saya pun meninjau2 bangunan sekeliling loji tu,,antaranya kat bawah ni



yang ni tentulah tempat simpan bahan kimia,,rasanyalah



ni pun stor jugak..


yang ni bilik bancuhan kimia..

Banyak lagi yang saya tengok di sekitar bangunan ni. Lepastu pihak audit dari Johor Bharu datang untuk buat audit. Saya sebagai seorang trainer cuma tengok jela diorang buat kerja.

Pertama sekali yang saya tau diorang akan cek kualiti setiap jenis air.


yang baju biru tu operator loji, diorang tengah buat ujian balang untuk menentukan kualiti air.





    Ni dekat belakang bangunan utama loji. Filter2 untuk menapis pelbagai jenis air,,


Kesimpulannya,, berdasarkan audit yang dibuat, keputusan keseluruhannya sangat baik. Kualiti air kat situ pun boleh dikira baik. Komen diorang cuma berkenaan fasiliti seperti penghawa dingin yang perlu ditambah baik.

Mungkin lepasni saya akan ikut diorang lagi pergi kat loji. Bergantung pada keadaan..








INDEMNITY LETTER

Salam,, :) 

Sebelum saya cerita tentang latihan industri, saya nak bercakap tentang satu surat yang pihak SAJ Holdings minta pada saya sebelum lapor diri. Surat tu namanya letter of indemnity ataupun lebih tepat lagi surat tuntutan ganti rugi.

Sebab apa pulak dia nak mintak indemnity letter ni kan??. Sebenarnya tujuan surat ni diminta adalah sebagai persediaan untuk tuntut ganti rugi kalau ada berlaku kemungkinan seperti misleading, cheating atau buat fraud dekat company tu.

SAJ minta surat ni daripada kolej sebagai jaminan kalau saya ada buat sesuatu yang illegal sepanjang praktikal tu tapi pihak kolej beritahu yang diorang tak boleh nak bagi surat tu,,sebabnya of course lah diorang tak nak bertanggungjawab apa2 kalau berlaku something. Yelah mungkin sebab kalau terjadi apa2, tu di bawah tanggungjawab saya sendiri dan bukan bagi pihak kolej. Katanya la,,.

Apa2 pun saya baru dapat tau tentang surat indemnity ni. Sebelum ni tak pernah dengar pon, dan mesti kebanyakan syarikat atau organisasi akan menggunakan surat ni dalam apa2 hal.

Bawah ni maksud surat ganti rugi berdasarkan businessdictionary.com





Definition
A written
undertaking by a third party (such as a bank or insurance company), on behalf of one of the parties (the first party) to a transaction or contract, to cover the other party (the second party) against specific loss or damage arising out the action (or a failure to act) of the first party. Also called indemnity bond, bond of indemnity.

credit :
Letter of Indemnity Definition


Ni pulak contoh surat ganti rugi








INDUSTRIAL TRAINING

Industrial training aka latihan industri ataupun praktikal. Semua istilah ni sangat familiar bagi student2. Yela, most of ipta or ipts akan pastikan yang student diorang menjalani praktikal kat mana2 organisasi ataupun company. Tujuannya satu je, nak bagi student ni exposed dengan work environment je. Wah, asyik speaking london je ye tak?? 

Saya pun tak terkecuali lah daripada benda2 ni semua. Atas tuntutan kolej, saya kena buat praktikal kat mana2 organisasi selama 3 bulan. Pihak kolej pun ada bagi satu buku log untuk rekod segala aktiviti dan kerja sepanjang latihan tu.


haa,,ni lah dia training log book tu.

Tapi setiap ipta dengan ipts lain dia punya log book. Mungkin diorang tak pakai  log book tapi student tu sendiri akan buat satu book report tentang kerja2 yang dibuat sepanjang tempoh latihan. Kalau tempoh latihan tu lama, mungkin tebal lah report yang dia kena sediakan. Biasanya tempoh latihan maksimum 6 bulan. Boleh jadi ada yang 5 atau 4 bulan tapi saya bernasib baik sikit sebab cuma kena 3 bulan je,,ahaha. Yelah,,kalau buat praktikal lama2 pon bukan ada gaji pon..cuma elaun yang cukup2 makan tu je. Lebih baik kalau kita kerja terus dapat gaji tetap,, tapi latihan ni cuma untuk ambil pengalaman je. Maklumlah,,sebelum ni tak pernah kerja kat mana2.

Jadinya, saya dah completed my study selama 2 tahun setengah di Putra Intelek International College dan saya sangat gumbira,,harharhar. Sedih jugak masa tu nak tinggalkan tempat kita menimba ilmu kan..lagi sedih nak tinggal kan roommate yang tersayang,,geng b-09-06.



nilah geng b-09-06 saya :)) takda diorang tak berseri hostel tu..


Lepas habis belajar dalam bulan 8 tu,,lama jugak la menganggur. Yela saja nak release tension. Nak duduk rumah goyang kaki sekejap sebab 2 tahun setengah asyik menghadap notes je kan,, mak dok leter2 suruh cari tempat praktikal cepat2 takut nanti lambat dah kelam kabut tapi saya buat dono je. Last2, tu la,,tak dengar cakap mak kan,,ni makan dia. Dah bulan 9 masatu baru sibuk cari tempat praktikal. Tension jugak apply sana sini semua tak terima. Kalau boleh nak cari yang dekat2 dengan rumah je. Senang nak ulang alik.

Pastu lepas apply banyak company, akhirnya diterima jugak,,lega den raso eh. Dapat kat SAJ Holdings dan dia cakap boleh mula bulan 11,,lama jugak nak tunggu masatu. Tulah, tak nak dengar cakap mak kan,,,suka tangguh2 kerja. Nilah mendapatnya.


Okelah..entri lepas ni saya akan cerita tentang aktiviti ataupun kerja2 yang saya buat sepanjang berada di SAJ Holdings. Bye2..chillax:)